Majlis Persaraan “Bakti Disanjung Budi Dijunjung”

Pada 4 Februari 2016 telah berlangsungnya satu majlis persaraan 4 orang guru yang banyak menabur bakti di SMK Ismail Petra bertahun lamanya. Guru yang terlibat pada majlis itu ialah Datin Wan Norziah bt Wan Othman, Pn Kartini bt Abu Bakar, Cik Rosila bt Mahmood dan Pn Azizah bt Abd Hamid.

5

Majlis Apresiasi AKADEMIK PT3 2015

Majlis ini berlangsung pada tarikh 01 Februari 2016 untuk mengiktirafkan kecemerlangan para pelajar cemerlang PT3 2015. Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. DATO’ HJ. MOHD. ROZALI BIN ISHAK iaitu Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Ismail Petra.

New Microsoft Office PowerPoint Presentation

Seramai 43 pelajarmenerima anugerah tersebut

Majlis Penyampaian Watikah 2016

Majlis ini bertujuan untuk mengiktiraf Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Ketua Tingkatan. Majlis ini berlangsung pada 31 Januari 2016 (AHAD). Majlis ini dirasmikan oleh YDH. ASP AHMAD TUAH BIN SABRAN iaitu Ketua Balai Polis Kota Bharu.

3

Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2016

Pada tanggal 27, 28 & 29 januari 2016, telah berlangsungnya Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2016 bertempat di Sri Pantai Resort, Melawi, Kelantan. Tujuan Kursus Kepimpinan Kokurikulum ini dijalankan supaya dapat meningkatkan tahap kegiatan para pelajar dalam aktiviti Kokurikulum dan sedikit sebanyak bertujuan bagi menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan Kokurikulum selaras dengan moto Kursus Kecemerlangan Kokurikulum ini “Kokurikulum Melonjak Kecemerlangan”. Antara pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada pengurusi, naib pengerusi & setiausaha bagi Kelab Persatuan, Badan Beruniform, Sukan dan permainan serta Rumah sukan sekolah.

 

1.0

Majlis Solat Hajat Perdana SPM & STPM

29 Oktober 2015, satu majlis solat hajat perdana telah diadakan untuk para pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM. Solat hajat diimankan oleh Iman Tua Masjid Al-Sultan Ismail Petra, AF Tuan Haji Sabri b. Abdullah. Setelah usai majlis solat hajat, majlis diteruskan  dengan bacaan Yassin, tazkirah dan jamuan kepada para hadirin.

Majlis Anugerah Kokurikulum 2015

Pada tanggal 10 Oktober, satu majlis anugerah kokurikulum telah berlansung di Dewan Petra. Majlis tersebut dirasmikan oleh Puan Pengetua.  Majlis yang diadakan untuk menghargai sumbangan pelajar-pelajar  SMK Ismail Petra dalam mengharumkan nama  sekolah dalam bidang Kokurikulum. Para pelajar yang telah berjaya mencatatkan kejayaaan dalam pertandingan yang diwakili peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa  menerima sijil, piala dan wang tunai.

HARI SUKAN NEGARA 2015

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan  bagi sekolah-sekolah di Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu  telah berlansung di Stadium Mini Kijang Emas, Kota Bharu pada 10 Oktober 2015 . Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SMK Ismail Petra, SMK Puteri, SMK Putera dan SMK Kota Bahru.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sesi Fotografi Tahun Akhir MPPU

Pada 1 Oktober 2015 , Sesi fotografi tahun akhir PPU2 telah diadakan. Sesi fotografi ini telah melibatkan pelajar PPU2 dan guru-guru PPU. Sesi fotografi diambil untuk dimuatkan ke dalam  majalah sekolah edisi ke-49. Hal demekian telah menjadi memori bagi semua yang terlibat.

 

“Memories of Pre-University Student’s Council 2014/15″

Kem Kecemerlangan Akademik STPM 2015

Pada 26,27 Ogos  2015 Kem kecemerlangan Akademik STPM 2015  telah diadakan di MGU Firdaus Hotel, Jalan Pintu Pon,Kota Bharu, Kelantan, melibatkan kesemua pelajar dan guru-guru PPU. Kem tersebut telah berlangsung selama 2 hari 1 malam telah beri banyak manfaat kepada para pelajar dalam meningkatkan tahap kesediaan bagi menduduki peperiksaan semester 3 bagi pelajar PPU 2 dan peperiksaan semester 1 bagi pelajar PPU 1 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

 

 

” ILMU DAN KEPIMPINAN TERAS KECEMERLANGAN”

Sukan Tautan Kasih 2015

Pada 25 Ogos 2015 Program julung kali dilaksankan oleh pihak EXCO MPPU. Program yang diberi nama “SUKAN TAUTAN KASIH” ini telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam jiwa pelajar PPU. Program ini telah diadakan di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu, Kelantan. Program ini melibatkan kesemua pelajar dan guru-guru PPU. Sukan tersebut bermula dari 8pagi – 1tengahari, 5 jam yang bermanfaat itu berjaya memupuk sifat kempimpinan, hormat-menghormati, kerjsamadalam diri pelajar.

 

 

“ILMU DAN KEPIMPINAN TERAS KEJAYAAN”